
TENTANG KAMI
Daripada dapur rumah pada 2017 kepada rangkaian 4 cawangan hari ini, perjalanan GS Bakery dibina atas kepercayaan ribuan pelanggan setia.
Kini beroperasi di bawah GSB Cake House (M) Sdn. Bhd., kami menggabungkan kemesraan perniagaan tempatan dengan sistem operasi yang teratur, standard kualiti yang seragam, dan komitmen berterusan terhadap setiap sambutan pelanggan kami.
Bagi kami, setiap kek dan manisan adalah lebih daripada sekadar hidangan. Ia lambang kasih, kegembiraan, dan momen yang dikongsi bersama orang tersayang.
Kami percaya setiap potongan dan setiap suapan mampu menyatukan keluarga dan mencipta detik istimewa bersama.
VISI
Bermula dari bawah, kami berusaha membina GS Bakery sebagai jenama bakeri yang disegani, berkembang secara mampan dan kekal relevan di hati pelanggan.
MISI
Misi kami ialah untuk menghasilkan produk yang boleh dinikmati semua lapisan masyarakat, disamping membina pasukan kerja yang berkembang bersama jenama, dengan ilmu, integriti dan berjiwa besar.


MATLAMAT
Kami percaya bahawa kejayaan sebenar bukan hanya pada jualan, tetapi pada bagaimana kami memberi manfaat kepada pelanggan, komuniti dan pasukan yang membesar Bersama jenama ini.
