KAMI MAHU ANDA
Di GS Bakery, kami percaya setiap bakat layak diberi ruang untuk berkembang.
Bersama kami, anda bukan sekadar bekerja.
Tetapi anda membina kerjaya yang stabil, bermakna, dan penuh peluang untuk maju.
Kenapa pilih GS Bakery?
GS Bakery adalah pilihan terbaik untuk anda yang mahu kerjaya stabil, suasana positif dan peluang berkembang tanpa batas.
Tidak perlu risau dan runsing tentang caruman KWSP, SOCSO dan lain-lain. Menjadi tanggungjawab kami dalam memastikan masa depan kerjaya anda stabil.
Faedah Pekerja

Manfaat & Kelebihan

Jawatan Tersedia
Setiap kerjaya di GS Bakery adalah lebih daripada sekadar pekerjaan. Ia merupakan peluang untuk membina pengalaman bermakna, mengembangkan potensi diri, dan memberi impak positif kepada keluarga serta komuniti.
Jawatan: Admin Executive
Tanggungjawab
Menjalankan tugas pentadbiran harian termasuk pengurusan fail, dokumentasi, komunikasi dalaman syarikat dan menyokong operasi pejabat supaya berjalan lancar.
Keperluan Jawatan
- Minimum Diploma atau Ijazah dalam bidang Pentadbiran atau setaraf
- Mahir menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, Outlook)
- Kemas, sistematik dan boleh mengikut arahan dengan baik
- Teliti, amanah dan menjaga kerahsiaan dokumen syarikat
- Boleh berkomunikasi dengan baik secara lisan dan bertulis
- Pengalaman dalam bidang pentadbiran satu kelebihan, latihan disediakan
Jawatan: Account Executive
Tanggungjawab
- Penyediaan & Rekod Perakaunan
- Masukkan transaksi harian ke dalam sistem perakaunan (jualan, belian, gaji, sewa)
- Rekod transaksi e-wallet, bank-in tunai, pemindahan dan resit bayaran
- Sediakan invois dan semak bayaran pelanggan atau pembekal
- Laporan Kewangan
- Sediakan laporan bulanan: Cash Flow, P&L dan Balance Sheet
- Semak margin keuntungan kasar dan net setiap cawangan
- Pantau status hutang pelanggan dan bayaran pembekal
- Pengurusan Tunai & Bank
- Semak baki bank dan rekonsiliasi bank secara berkala
- Urus pembayaran gaji, EPF, SOCSO, PCB dan perbelanjaan tetap
- Simpan resit bayaran dan sediakan dokumen sokongan audit
- Audit & Pemantauan Dalaman
- Sediakan dokumen sokongan untuk audit dalaman dan luar
- Bekerjasama dengan akauntan luar dalam penutupan akaun tahunan
- Laporkan sebarang penyelewengan atau ketidakpadanan data kewangan
- Sokongan Kepada Pengurusan
- Kemaskini maklumat kewangan kepada pengurus untuk keputusan perniagaan
- Cadangkan kaedah penjimatan dan pemantauan kos operasi
- Pantau bajet bulanan dan beri peringatan awal jika ada lebihan belanja
Keperluan Jawatan
- Minimum Diploma dalam Perakaunan atau Kewangan atau setaraf
- Berpengalaman menggunakan sistem akaun (SQL, AutoCount atau setaraf)
- Teliti, jujur dan boleh bekerja tanpa pengawasan ketat
- Cekap dalam Microsoft Excel dan pengurusan data kewangan
- Mampu menyiapkan laporan mengikut masa dan piawaian audit
- Pengalaman kerja minimum 2 tahun diutamakan
Jawatan: HR Executive
Tanggungjawab
- Rekrutmen & Onboarding
- Iklankan kekosongan jawatan di platform yang sesuai
- Urus saringan resume, penjadualan temuduga dan susulan calon
- Sediakan surat lantikan dan fail pekerja
- Jalankan sesi orientasi staf baharu
- Pentadbiran HR
- Simpan dan kemas kini rekod kehadiran, cuti dan rekod peribadi staf
- Urus fail digital dan fizikal staf mengikut SOP dalaman
- Bantu penyediaan surat rasmi HR seperti peringatan, surat pujian dan notis
- Sokongan Pengurusan Prestasi
- Kumpul maklumat kehadiran, disiplin dan penilaian percubaan staf
- Rekod laporan KPI dan bantu susunan laporan prestasi bulanan
- Terlibat dalam audit dalaman berkaitan pekerja apabila perlu
- Latihan & Pembangunan
- Urus keperluan latihan bulanan dan sediakan rekod kehadiran
- Pantau rekod latihan staf dan maklumkan kepada pengurus
- Pemantauan Disiplin & Kebajikan
- Laporkan isu disiplin awal kepada penyelia atau pengurus
- Bantu program kebajikan staf, sambutan hari lahir dan aktiviti dalaman
Keperluan Jawatan
- Minimum Diploma dalam bidang Sumber Manusia atau Pengurusan Perniagaan atau setaraf
- Mahir menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, Outlook)
- Cekap berkomunikasi secara lisan dan bertulis
- Kemas, teliti dan menjaga kerahsiaan maklumat staf
- Berpengalaman minimum 2 tahun dalam bidang sumber manusia
Jawatan: Digital Content & Social Media Executive
Tanggungjawab
- Perancangan & Strategi Kandungan
- Rancang dan hasilkan kandungan harian untuk media sosial (Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain)
- Pastikan mesej setiap posting konsisten dengan identiti jenama GS Bakery
- Gunakan trend semasa untuk tingkatkan engagement dan capaian organik
- Reka Bentuk & Suntingan Digital
- Cipta bahan visual, grafik dan video pendek menggunakan Canva atau CapCut
- Pastikan hasil visual selaras dengan tema kempen dan warna korporat syarikat
- Pemantauan & Analisis Prestasi
- Pantau metrik utama seperti reach, likes, komen dan hasil jualan
- Sediakan laporan bulanan prestasi kempen digital untuk semakan HQ
- Kerjasama Dalaman
- Bekerjasama dengan pasukan Sales dan Operation untuk promosi produk baharu
- Ambil gambar atau video di outlet untuk digunakan sebagai bahan pemasaran
Kriteria & Syarat Pejawatan
- Minimum Diploma dalam Komunikasi, Pemasaran, Reka Bentuk Multimedia atau bidang berkaitan
- Pengalaman 1 hingga 2 tahun dalam bidang media sosial (graduan baharu dialu-alukan)
- Kreatif, berminat terhadap trend digital dan mempunyai idea segar
- Mahir asas dalam Canva, CapCut atau aplikasi reka bentuk lain
- Berdisiplin, mampu bekerja dalam tempoh kempen padat dan menepati tarikh akhir
Bahagian Operasi
- Kitchen Crew
- Kitchen Steward
- Cake Decorator
- Pastry Commis
- Pemandu Van atau Lori
Kriteria & Syarat Pejawatan
- Minimum kelulusan SPM
- Berpengalaman dalam industri Food & Beverage menjadi kelebihan
- Bagi jawatan Cake Decorator, wajib mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun sebagai juruhias kek
Bahagian Pengurusan
- Operation Manager
- Branch Manager
Kriteria & Syarat Pejawatan
- Minimum kelulusan Diploma
- Pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam pengurusan F&B. Pengalaman dalam industri bakeri dan konfeksi amat dialu-alukan
Bahagian Operasi Jualan
- Sales Assistant
- Sales Executive
Kriteria & Syarat Pejawatan
- Minimum kelulusan SPM
- Berumur tidak melebihi 25 tahun
- Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang jualan dan layanan pelanggan
Bahagian Pengurusan
- Sales Manager
Kriteria & Syarat Pejawatan
- Minimum kelulusan Diploma
- Pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang jualan
- Pengalaman dalam industri bakeri atau F&B amat dialu-alukan
Jadi sebahagian daripada pasukan kami!
Mulakan laluan kerjaya anda dengan mengisi borang permohonan di bawah.
