KAMI MAHU ANDA
Di GS Bakery, kami percaya setiap bakat layak diberi ruang untuk berkembang.
Bersama kami, anda bukan sekadar bekerja.
Tetapi anda membina kerjaya yang stabil, bermakna, dan penuh peluang untuk maju.
Kenapa pilih GS Bakery?
GS Bakery adalah pilihan terbaik untuk anda yang mahu kerjaya stabil, suasana positif dan peluang berkembang tanpa batas.
Tidak perlu risau dan runsing tentang caruman KWSP, SOCSO dan lain-lain. Menjadi tanggungjawab kami dalam memastikan masa depan kerjaya anda stabil.
Manfaat & Ganjaran

Gaji asas yang menarik

Bonus 2x setahun

Laluan kerjaya

Kenaikan Gaji Progresif
Kenali Hero Kami

Di GS Bakery saya belajar skil leadership, rasa dihargai dengan bonus hujung tahun, dan yang paling penting saya bangga jadi sebahagian daripada GS Bakery.

Saya berpeluang mempelajari pelbagai skil baharu, membina connection dengan ramai orang, serta meningkatkan lagi perkembangan kerjaya saya sepanjang bekerja di GS Bakery.

Di GS Bakery, saya benar-benar belajar erti teamwork dan dari sinilah saya temui diri saya. Team dan leader sentiasa berkongsi ilmu dengan ikhlas, memberi peluang untuk kami melangkah lebih jauh.

Berpengalaman 5 tahun sebagai Branch Manager. Berbangga menjadi sebahagian daripada GS Bakery yang mempunyai culture kerja positif serta career path yang jelas.

Saya bermula sebagai intern, sekarang Pastry Commis. Banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang perjalanan ini. Bagi saya, GS Bakery memang berharga sebab bukan senang nak jumpa syarikat yang utamakan staf.
Jawatan tersedia
Setiap kerjaya di GS Bakery adalah lebih daripada sekadar pekerjaan. Ia merupakan peluang untuk membina pengalaman bermakna, mengembangkan potensi diri, dan memberi impak positif kepada keluarga serta komuniti.
Jadi sebahagian daripada pasukan kami!
Mulakan laluan kerjaya anda dengan mengisi borang permohonan di bawah.
