TENTANG KAMI

Diasaskan pada 2017, GS Bakery bermula dari ruang kecil dengan satu impian besar iaitu membina jenama bakeri yang kukuh dan dipercayai.

Pada 25 Jun 2024, GSB Cake House (M) Sdn. Bhd. diperbadankan. Menandakan transformasi daripada perniagaan kecil kepada syarikat yang berdaya saing, teratur, dan bersedia untuk masa depan.

Bagi kami, setiap kek dan manisan adalah lebih daripada sekadar hidangan. Ia lambang kasih, kegembiraan, dan momen yang dikongsi bersama orang tersayang.

Kami percaya setiap potongan dan setiap suapan mampu menyatukan keluarga dan mencipta detik istimewa bersama.

VISI

Bermula dari bawah, kami berusaha membina GS Bakery sebagai jenama bakeri yang disegani, berkembang secara mampan dan kekal relevan di hati pelanggan.

MISI

Misi kami ialah untuk menghasilkan produk yang boleh dinikmati semua lapisan masyarakat, disamping membina pasukan kerja yang berkembang bersama jenama, dengan ilmu, integriti dan berjiwa besar.

MATLAMAT

Kami percaya bahawa kejayaan sebenar bukan hanya pada jualan, tetapi pada bagaimana kami memberi manfaat kepada pelanggan, komuniti dan pasukan yang membesar Bersama jenama ini.